Skip to Main Content

Perarakan Sambutan Tahun Baru Cina

Perarakan Sambutan Tahun Baru Cina

  • Acara Utama
  • Feb 7 & 10

Perarakan Menyambut Tahun Baru Cina telah menjadi salah satu aktiviti utama Macao dengan tujuan untuk mempamerkan sambutan yang menunjukan kepelbagaian khazanah kebudayaan dari rakyat tempatan dan pelawat dari serata dunia.

Perarakan pertama diadakan pada hari ke-3 Tahun Baru Lunar, dengan 13 hingga 15 kereta perarakan, disertai lebih 1,000 peserta dari kumpulan pertunjukan tempatan dan kumpulan pertunjukan luar dari pelbagai negara dan rantau, pertunjukan pentas dan persembahan bunga api. Tempat duduk bagi penonton disediakan di kawasan pentas utama dan di sepanjang laluan perarakan bagi penduduk dan pelawat untuk menikmati persembahan itu.

Perarakan kedua akan diadakan beberapa hari kemudian di daerah Utara, dengan kereta perarakan di sepanjang laluan itu dan berakhir dengan sebuah persembahan kebudayaan di atas pentas, bagi menggalakan pelawat dan penduduk untuk melihat kejiranan itu serta menggalakan pelancongan komuniti.

Kereta perarakan yang cantik akan dipamerkan di lokasi luar yang tertentu di Macao, di mana penduduk tempatan dan pelawat dapat menikmati keindahan kereta perarakan yang diterangi cahaya.

B Plaza Tasik Sai Van