Skip to Main Content

Taman Carmel

Bersebelahan dengan Gereja Our Lady of Carmel, di atas bukit dengan pemandangan perkampungan Taipa dan Taipa Praia yang lama,taman ini direkabentuk mengikut gaya peraturan taman Eropah. Ia mengandungi sebuah gazebo yang dilitupi tumbuhan menjalar, dengan pancutan air dan bangku-bangku batu, petak-petak pokok bunga yang dijaga rapi dan laluan jalan yang melingkar atas ke sebuah pondok untuk menikmati pemandangan (belvedere). Dari taman ini juga, seseorang boleh mengikut laluan pejalan kaki, yang berliku dan bertepikan tembuk rendah yang juga berliku, untuk sampai ke Praia lama, di mana salah satu barisan rumah-rumah besar dari tahun 1920-an telah dipulih semula dan dijadikan Muzium Rumah Taipa.