Skip to Main Content

Muzium Grand Prix

Ditutup Sementara
Bagi melaksanakan projek pengubahsuaian "Muzium Grand Prix Macao", Muzium ini ditutup sehingga diberitahu kelak.

Dibuka pada tahun 1993 untuk menyambut ulang tahun ke-40 Grand Prix Macau, yang mempunyai lumba pelbagai jenis kereta dan motosikal dan diadakan setiap tahun pada bulan November. Ia bermula pada tahun 1954 disebabkan oleh semangat sekumpulan penduduk Macao dan sokongan pihak berkuasa. Pada masa kini, ia adalah salah satu acara sukan antarabangsa yang menarik beribu-ribu pelancong dan peminat perlumbaan ke Macao, untuk menonton "Guia Race" dan "Formula 3 Grand Prix" yang klasik. Pertandingan ini dibandingkan dengan pertandingan di Monte Carlo, kerana ia diadakan di litar jalan. Macau Grand Prix telah membangun dan berjaya menarik pelumba-pelumba terkenal untuk menyertai pertandingan ini kerana ia sangat mencabar. Tambahan lagi, ini adalah platform untuk pelumba-pelumba baru untuk memperkenalkan nama mereka.Pelumba-pelumba akan diiktiraf oleh pelawat-pelawat muzium.

Pada sambutan ulangtahun ke-50 Macau Grand Prix, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao telah menjalankan pengubahsuaian Muzium tersebut.

Muzium ini memberi penghormatan kepada individu-individu yang telah menyumbang kepada kejayaan Grand Prix, iaitu Teddy Yip, Paul Du Toit, Laurel, Ayrton Senna dan John Corsmit, antara lain. Datanglah dan mengunjungi Muzium Grand Prix, di mana koleksi mesin berlumba yang indah dan litar Guia mewakili sejarah antara salah satu litar yang paling menarik di dunia.