Skip to Main Content

Sejarah Ringkas

Nelayan dari Fujian dan petani dari Guangdong adalah peneroka pertama di Macao, pada masa itu dikenali sebagai 'Ou Mun' atau 'Pintu Gerbang Perdagangan', kerana lokasinya terletak di laluan masuk Sungai Pearl di hilir Guangzhou (Canton). Pada zaman dahulu, bandar pelabuhan ini adalah sebahagian daripada Jalan Sutera yang digunakan oleh kapal-kapal untuk memunggah sutera untuk Rome.

Walaupun selepas China tidak lagi menjadi pusat perdagangan dunia, Guangzhou kekal makmur dengan perniagaan perlayaran di kalangan negara-negara Asia Tenggara, oleh itu pengusaha tempatan mengalu-alukan kedatangan peneroka-perdagang Portugis. Mereka mengikuti jejak Jorge Alwares, yang tiba di selatan China pada tahun 1513, dan mencari tempat perdagangan yang sesuai.

Pada awal tahun 1550-an orang Portugis tiba di 'Ou Mun', digelar 'A Ma Gao', "place of A Ma", oleh penduduk tempatan sebagai tanda penghormatan kepada Dewi Laut, Kuil yang terletak di pintu masuk Pelabuhan Dalaman (Inner Harbour). Pendatang Portugis menerima pakai nama A Ma Gao, lama-kelamaan namanya ditukar kepada Macao dan dengan persetujuan oleh Pegawai Pemerintah Guangdong, terbentuknya sebuah bandar di mana dalam masa yang singkat menjadi pusat perdagangan utama di antara negara-negara China, Jepun, India dan Eropah.

Ia juga menjadi satu titik pertemuan yang sempurna bagi budaya Timur and Barat. Gereja Roman Katolik telah menghantar mubaligh mereka yang terbaik untuk meyambung tanggungjawab St Francis Xavier, (yang membuat banyak penukaran agama di Jepun tidak lama kemudiannya meninggal dunia). Sebuah kolej Kristian telah dibina, hari ini ia dipanggil Ruins of St Paul's, dimana pelajar seperti Matteo Ricci dilengkapkan untuk bekerja sebagai Sarjana Kristian di Mahkamah Imperial di Beijing. Gereja-gereja lain dibina, serta kubu-kubu, memberikan kota ini penampilan bersejarah Eropah yang membezakannya hingga ke hari ini.

Zaman keemasan orang Portugis di Asia merosot setelah perdagangannya diambil alih oleh pesaing mereka seperti orang Belanda dan Inggeris. Walau bagaimanapun, orang-orang Cina memilih untuk terus berniaga dengan orang-orang Portugis di Macao, sehingga lebih dari satu abad British East India Company dan lain-lain mendirikan kedai di rumah sewa disini seperti 'Casa Garden '. Setelah perdagangan Eropah dengan China berkembang, pedagang Eropah menghabiskan masa separuh tahun di Guangzhou, membeli teh dan barang-barang mewah cina di 2 pameran dalam setahun, menjadikan Macao sebagai tempat rekreasi.

Selepas Perang Candu pada tahun 1841, Hong Kong telah ditubuhkan oleh orang Inggeris dan kebanyakkan pedagang asing meninggalkan Macao, ia menjadi sunyi, tenang &, terpencil. Walau bagaimanapun masyarakat majmuk terus menikmati kewujudan pelbagai budaya dan bangunan bersejarah digunakan dalam kehidupan seharian, di dalam proses menjadikan ia tempat persinggahan kegemaran bagi pelancong antarabangsa, penulis dan seniman.

Pada masa lalu Macao dibangunkan didalam industri seperti tekstil, elektronik dan barang mainan, manakala hari ini ia telah membangunkan industri pelancongan bertahap dunia dengan pelbagai pilihan hotel, resort, kemudahan MICE, restoran dan kasino. Ekonomi Macao berkaitan rapat dengan Hong Kong dan Wilayah Guangdong, khususnya daerah 'Delta Pearl River', yang memenuhi syarat-syarat sebagai salah satu 'little tigers' di Asia. Macao menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan, latihan kakitangan, pengangkutan dan sokongan komunikasi.

Hari ini Macao adalah satu Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China ('Special Administrative Region of the People's Republic of China'), dan, seperti Hong Kong, mendapat manfaat prinsip "satu negara, dua sistem". SAR yang kecil ini berkembang dengan pembinaan bangunan-bangunan diatas tambakan tanah ke atas laut. Dan kepelbagaian tarikan yang banyak. Kebaikan yang terbesar mengenai keunikan masyarakat Macao ini berterusan adalah dengan kedatangan komuniti dari barat dan timur yang melengkapi sesama mereka, dan juga kepada pelawat yang datang berkunjung.