Skip to Main Content

Anim’Arte NAM VAN

Diuruskan bersama oleh Biro Hal Ehwal Kebudayaan, Biro Sukan, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao dan Institut Pengajian Pelancongan, "Anim'Arte NAM VAN" mengubah Nam Van Lakeside Plaza menjadi pusat riadah tasik dengan kelainan tersendiri yang menggabungkan pusat kreativiti, riadah dan tempat makan. Projek ini bertujuan untuk menyediakan penduduk dan pelancong dengan pengalaman pelancongan yang berpelbagai, sekali gus meningkatkan penawaran produk pelancongan kebudayaan Macao.

Kreativiti
M Dimensions
Sebuah kedai budaya dan kreativiti yang kecil dan menyatukan gaya semula jadi dengan gaya industri, M Dimensions membawa lebih tiga puluh jenama budaya dan kreatif Macao, dengan beratus produk unik dan halus buatan Macao. Ia juga menguruskan aktiviti seni dan budaya seperti bengkel, persembahan, dan pameran.
Waktu dibuka: 11:00-22:00

Amazing Creation & Collection
Amazing Creation & Collection adalah khusus untuk barangan buatan tangan dengan ciri-ciri Macao, dan adalah sebuah kedai untuk mempelajari sejarah Macao, memahami idea rakyat Macao, dan mengalami kebudayaan unik bandar itu. Tambahan lagi, ia menempatkan bengkel di hujung minggu untuk memberikan anda pengalaman kebudayaan yang unik
Waktu dibuka: 11:00-22:00

Smiling Workshop
Bagi menggalakkan organisasi kebajikan untuk lebih melibatkan diri dalam industru kebudayaand dan kreativiti, Biro Hal Ehwal Kebudayaan bekerjasama dengan dua organisasi kebajikan yang termasuk di dalam Pengkalan Maklumat Industri Kebudayaan dan Kreativiti Macao, iaitu Persatuan Fuhong Macai dan Caritas Macau, dalam membina kedai d oli Nam Van Lakeside Plaza untuk menjual produk asli yang dihasilkaneh artisan-artisan kurang upaya. Kedai ini berfungsi sebagai tapak untuk memmberi tenaga baru kepada industri kebudayaan dan kreativiti Macao
Waktu dibuka: 11:00-21:00, ditutup pada hari Selasa & Hari Cuti Wajib

Happy Art Studio
Sebuah anak syarikat Persatuan Fuhong Macau, Happy Art Studio adalah tempat bagi mereka yang memerlukan kemudahan istimewa untuk memepelajari seni dan mejual produk seni yang dihasilkan oleh artisan-artisan kurang upaya. Bertujuan untuk menggalakkan kesenian bagi komuniti istimewa ini, studio ini menawarkan kursus-kursus berbeza sebagai medium terapeutik, merangsang peserta-peserta untuk membebaskan potensi kesenian mereka, mengatasi stigma sosial dan menggalakkan keharmonian dan keterbukaan masyarakat
Waktu dibuka: 10:00-22:00

Kafe dan Bistro
Café New Green View
Waktu perniagaan:11:00-22:00 

Seek Your Choice Bistro
Waktu perniagaan: 11:00-22:30

Café Super Mario
Waktu perniagaan: 08:00-22:0 (Isnin hingga Jumaat); 09:00-22:00 (Sabtu dan Ahad)

Rekreasi
Bot Kayuh
Waktu dibuka: 11:00-18:00
(Waktu dibuka dilanjutkan ke 19:00 dari Jun hingga September)
Bayaran: Bot Kayuh dengan 2 tempat duduk: MOP20 setiap 30 minit. / Bot Kayuh dengan 4 tempat duduk: MOP40 setiap 30 minit.
Kanak-kanak di bawah 5 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan bot kayuh. Kanak-kanak berumur antara 5 dan 12 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan bot kayuh kecuali ditemani oleh orang dewasa.

Tempat Paparan Grafiti

Anim’Arte NAM VAN – Protokol semasa cuaca buruk
Isyarat Hujan & Ribut
Aktiviti Luar: Diberhentikan
Kedai Kreatif & Budaya: Masih dibuka
Café & Kedai Makan: Perubahan tertakluk kepada keadaan cuaca
Bot Kayuh: Diberhentikan

Isyarat Ribut Petir
Aktiviti Luar: Diberhentikan
Kedai Kreatif & Budaya: Masih dibuka
Café & Kedai Makan: Perubahan tertakluk kepada keadaan cuaca
Bot Kayuh: Diberhentikan

Isyarat Siklon Tropika No. 1
Aktiviti Luar: Perubahan tertakluk kepada keadaan cuaca
Kedai Kreatif & Budaya: Masih dibuka
Café & Kedai Makan: Masih dibuka
Bot Kayuh: Masih dibuka

Isyarat Siklon Tropika No.3
Aktiviti Luar: Diberhentikan
Kedai Kreatif & Budaya: Masih dibuka
Café & Kedai Makan: Masih dibuka
Bot Kayuh: Diberhentikan

Isyarat Siklon Tropika No.8 dan lebih teruk
Aktiviti Luar: Diberhentikan
Kedai Kreatif & Budaya: Ditutup
Café & Kedai Makan: Ditutup
Bot Kayuh: Diberhentikan

Isyarat Siklon Tropika No.8 atau lebih teruk direndahkan ke Isyarat Siklon Tropika No.3
Aktiviti Luar: Diberhentikan
Kedai Kreatif & Budaya:
Sebelum 07:30: Masih dibuka
07:30 - 09:00: Akan dibuka dalam 1.5 jam lagi
09:00 - 13:00: Akan dibuka pada petang hari
13:00 - 14:30: Akan dibuka dalam 1.5 jam lagi
Selepas 14:30: Ditutup
Café & Kedai Makan: Perubahan tertakluk kepada keadaan cuaca
Bot Kayuh: Diberhentikan

Kenyataan: Sekiranya isyarat di atas dikuatkuasakan , aktiviti-aktiviti marin akan diberhentikan serta-merta. Pengguna harus meninggalkan kawasan perairan dengan segera dan memulangkan bot kepada staf yang bertugas. Tidak akan ada bayaran balik atau pampasan untuk situasi cuaca buruk.