Skip to Main Content

Taman Perbandaran Dr. Sun Yat Sen

Taman Perbandaran Dr. Sun Yat Sen

Di hujung bahagian utara Macao, tidak jauh dari pintu masuk lama yang menandakan sempadan antara Wilayah Pentadbiran Khas Macao dengan China, terdapat Taman Perbandaran Dr. Sun Yat Sen. Terletak sebelah terusan air yang menjadi sebahagian dari sempadan itu, kawasan rekreasi ini menempatkan suatu rumah burung, rumah hijau gaya Victorian, laluan pejalan kaki yang melingkar,taman-taman bunga, suatu rimbunan pokok-pokok ditanam mengikut fung shui dipercayai membawa tuah, dan ukiran gangsa yang dinamakan "Permanent Handshake", melambangkan persahabatan antara Portugal dan China. Beberapa tempat yang tinggi di kawasan itu memberi pemandangan jelas seberang sempadan menampakkan Zhuhai, iaitu Zon Ekonomi Khas China. Sebuah kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dan padang sukan serbaguna disediakan untuk rekreasi.