Skip to Main Content

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina

  • Feb 5-7

Ia adalah perayaan penting yang berwarna-warni bagi orang Cina, ianya disambut oleh majoriti penduduk tempatan, di mana kedai, pejabat dan kilang berhampiran, ditutup semasa hari sambutan perayaan tradisional ini. Sepanjang sepuluh hari terdapat acara-acara besar bagi menyambut Tahun Baru Cina. Terdapat tarian singa dan naga yang panjang di sepanjang jalan, orang ramai akan melawat kuil dan dataran-dataran utama di seluruh bandar menjadi meriah dengan hiburan, hiasan tanglung-tanglung dan bunga-bunga . Ia adalah tradisi penduduk apabila mengunjungi dan menyambut antara satu sama lain, dua tangannya bergabung dan tertutup sambil mengucapkan "Kung Hei Fat Choi" dan menghulurkan "Lai Si" (sampul merah) yang mengandungi duit, ini adalah cara untuk mengucapkan selamat dan sejahtera untuk sepanjang tahun kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

Hari ke-15 pada bulan pertama adalah Pesta Tanglung, ianya sama seperti Hari Valentine didalam tradisi Cina. Pada waktu malam, sambutan diteruskan dengan tanglung berwarna-warni yang diletakkan disekitar tempat. Kuih pau beras pulut disediakan sebagai pencuci mulut, semasa bersama-sama dalam suasana harmoni melambangkan hubungan "perjumpaan keluarga", "ikatan persahabatan", atau "ucapan selamat" bagi orang Cina.