Skip to Main Content

Makanan Tempatan

Selera Kehidupan Sebenar Macao
Kenali rasa yang sebenar Macao di kedai makanan ringan atau di warung tepi jalan. Biarkan perut anda kosong dan jenguklah Lorong-lorong bandar ini.
Information

Ini adalah mi kering yang digoreng dengan telur udang laut. Telur udang terlalu kecil untuk dikunyah tetapi akan ia akan pecah di antara gigi, memberikan rasa masin laut di dalam mulut anda. Makanan terbaik dengan mi telur yang kenyal seperti tali instrumen musik.

Mi Telur dengan Telur Udang Kering

Hidangan mi yang terkenal ini bernama mi wanton. Mi telur kuning yang kenyal dengan ladu udang kecil dihidangkan dalam sup lazat yang diperbuat dari rebusan ikan kering akan menarik pelancongan untuk datang dan cuba.

Mi Wantan

Burger gaya Macao dengan baget rangup dan daging khinzir panggang yang tebal. Ini berbeza dari burger biasa kerana tiada sayuran atau sos, hanya rasa daging untuk dinikimati. Rasa arang panggang pada daging khinzir memberikan kombinasi yang hebat.

Ban Daging Khinzir Ban Daging Khinzir

Bubur adalah sarapan kegemaran dengan penduduk Macao dan orang Cina. Bubur biasa adalah bubur putih, tetapi bergantung kepada apa di dalamnya, ia boleh menjadi hidangan yang berkualiti. Bubur yang paling digemari ialah bubur dengan ketam air tawar. Sama dengan peribahasa Cina ‘anda boleh makan seekor lembu dengan senyap tetapi anda tidak boleh makan ketam dengan senyap’, rasa ketam di dalam bubur sangat menyerlah.

Bubur Nasi

Jalan dari Senado Square ke Gereja Macao yang bernama Travesa de Sé ialah terkenal bagi penduduk tempatan Macao dengan sate. Sate Macao menggunakan pelbagai bahan yang dicelup dalam sos minyak lada pedas Cina dan sos kari pedas. Hidangan Macao ini popular di kalangan remaja dan belia. Terdapat pelbagai jenis sate dibuat daripada organ dalaman, kek ikan atau mi gulung.

Sate

Ini adalah makanan ringan di Macao. Terdaoat pelbagai jenis daging salai dari daging lembu, ayam dan khinzir.

Daging Salai

Ini adalah biskut tradisional yang disukai ramai di Macao. Setiap gigitan rangup mempunyai badam, tapi anda disarankan untuk menikmati biskut ini dengan minuman kerana ia agak kering.

Biskut Badam

Jangan terkejut, nama minuman lucu ini adalah coke dengan rebusan halia. Mungkin berbunyi pelik untuk mendidih coke, tetapi ini adalah baik untuk minum semasa anda demam atau letih untuk memberikan tenaga. Anda mungkin bayangkan rasa yang pelik tetapi gabungan halia dengan coke amatlah lazat.

Coke dengan Rebusan Halia

Ini adalah sejenis wafel yang diperbuat dalam bentuk yang tersendiri. Ini terdapat dua pendapat: sesetengah mengatakan ia dinamakan wafel telur kerana terdapat banyak telur didalamnya; setengah berkata kerana bentuknya kental seperti kotak telur. Wafel telur ini rangup di luar dan lembut di dalam.

Wafel Telur

Lain-lain Hidangan