Skip to Main Content

Taman S. Francisco

Taman S. Francisco

Bersebelahan dengan Kelab Tentera dan berek S.Francisco berwarna merah jambu dan putih, taman ini dipenuhi kelompok-kelompok pokok bunga di tepi-tepi lorong yang lebar menghala ke suatu tangga batu berkembar yang sangat indah. Di dataran yang atas terdapat sebuah menara bulat yang dibina untuk memperingati para pejuang dalam Perang Dunia Pertama tetapi sekarang telah ditukar menjadi Ibu Pejabat untuk Persatuan Orang-orang Kurang Upaya.Taman ini menjadi tumpuan para pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan sebagai tempat berjumpa.