Skip to Main Content

Bekas Farmasi Chong Sai

Farmasi ini terletak di No. 80 Jalan Rua das Estalagens adalah Bekas Farmasi Chong Sai yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat-sen, ia telah dibina sebelum tahun 1982. Bangunan ini merupakan sebuah rumah kedai biasa. Dari Julai 1893 hingga awal 1894, ianya adalah salah satu daripada farmasi dan klinik yang direkodkan dalam sejarah Macao yang menyediakan perkhidmatan perubatan Barat, yang dioperasikan oleh doktor Cina. Selepas itu, kedai ini telah disewa, diserah dan dijual beberapa kali dalam beberapa tahun, bahkan diguna sebagai Dewan Taoist dan kemudian digunakan untuk perniagaan tekstil.

Wilayah Pentadbiran Khas Macao mengambil alih rumah kedai ini pada tahun 2011 dan menjalankan kerja-kerja baik pulih. Setelah kerja pemuliharaan siap pada tahun 2016. Ia telah menjadi satu ruang pameran terbuka untuk orang ramai. Buat masa ini, pameran memperingati ulang tahun ke-150 kelahiran Dr. Sun Yat-sen dan pemuliharaan No. 80 sedang dijalankan, di mana pameran ini merangkumi bahagian artifak arkeologi dan kesan-kesan tinggalan, ciri-ciri senibina dan teknik pengubahsuaian bangunan, serta bahagian yang dikhaskan untuk Dr. Sun Yat-sen dan Macao. Pameran ini dapat memberikan pemahaman lanjut kepada para pelawat mengenai hubungan diantara Dr. Sun Yat-sen dan Macao serta sifat dan ciri senibina rumah kedai tradisional ini.

Sumber: Biro Hal Ehwal Kebudayaan