Skip to Main Content

Muzium Grand Prix Macao

Setelah selesai kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian untuk memperluaskan Muzium Grand Prix Macao, ia akan mula beroperasi secara percubaan di bawah pengurusan Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao dari bulan Mac 2021.

Setelah diubah suai, Muzium kini mempunyai empat tingkat dengan jumlah keluasan 16,000 meter persegi, enam kali lebih luas daripada sebelumnya. Muzium ini direka bagi pengunjung untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Macau Grand Prix (MGP) sambil menikmati pengalaman pembelajaran yang menarik.

Aras G mempunyai zon bertema mengenai pemenang edisi pertama MGP, model Litar Guia, kaunter pendaftaran pelawat dan sebagainya. Di Aras 1, kereta lumba formula dari edisi awal MGP dan pameran Formula 3 yang lain menjadi tumpuan. Aras 2 pula memeberi tumpuan kepada Macau Motorcycle Grand Prix, dengan paparan motosikal, perlumbaan motosikal realiti maya, dan lain-lain. Aras LG pula memberi tumpuan kepada Macau GT Cup dan Perlumbaan Guia.