Skip to Main Content

Perayaan Ching Ming

Perayaan Ching Ming

  • Apr 5

Jatuh pada hari ke-106 selepas Musim Sejuk Solstis, Ching Ming merupakan perayaan keluarga. Ia merupakan hari sanak saudara berkumpul di tanah perkuburan nenek moyang mereka. Mereka akan membersihkan batu nisan dan meletakkan bunga-bunga segar dan tiga gelas wain di hadapannya. Mereka membakar colok dan objek kertas, dengan kepercayaan bahawa mendiang akan menerimanya "di sebelah sana". Objek-objek kertas adalah seperti kereta, duit, set mahjong, bahkan telefon bimbit juga dibakar.

Ahli keluarga juga mempersembahkan anak khinzir panggang, buah-buahan dan makanan lain bagi mendiang tetapi ianya tidak akan dibazirkan. Kemudian akan dihidangkan untuk jamuan keluarga.