Skip to Main Content

Dataran Lotus

Tersergam di Dataran Lotus sebelah Forum, ukiran besar "Lotus Flower In Full Bloom" dihadiahkan oleh Majlis Negeri China pada 1999, menandakan kembalinya semula pemerintahan ke tangan Macao.

Ukiran ini, diperbuat dari saduran gangsa dan beratnya 6.5 tan, berukuran 6 meter tinggi dan diameter bunganya adalah 3.6 meter pada garisan lebar yang maksimum. Bahagian utamanya mengandungi batang, kelopak-kelopak dan pistil, kesemuanya merangkumi 16 komponen. Dasar bunga ini dibentuk dari 23 keping granit merah.

Bunga teratai, yang mekar sepenuhnya, melambangkan kemewahan berpanjangan bagi Macao. Terdapat tiga lapis granit merah di bahagian dasar dalam bentuk daun teratai, merujuk kepada Semenanjung Macao, Pulau Taipa dan Pulau Coloane.