Skip to Main Content

Taman Vasco da Gama

Taman Vasco da Gama

Taman Vasco da Gama dan Taman Kemenangan telah dibina di penghujung abad ke-19. Pada dulunya, kedua-duanya merupakan satu kawasan, yang jalannya panjang dan bertepikan pokok-pokok, dikenali sebagai Avenida Vasco da Gama dan dibina pada tahun 1898, untuk memperingati ulang tahun ke-400 tibanya armada Vasco da Gama di India. Pokok-pokok jenis ficus rumphii telah ditanam di pinggir jalan ini, yang berukuran 500 meter panjang dan 65 meter lebar. Pokok-pokok ini menimbulkan suasana desa pada jalan ini.

Di Taman Vasco da Gama, sebuah patung, jurumudi Portugis, hasil tangan pengukir Tomas da Costa pada 1911. Pengubahsuaian yang telah dijalankan baru-baru ini menambahkan lagi tarikan ke kawasan ini - tasik baru dalam bentuk ombak dibina di dataran bawah taman ini, lagi pancutan air baru dengan semburan air mengelilingi ukiran separuh badan Jurumudi Portugis tersebut. Taman ini meliputi kawasan sebesar 5000 meter persegi.

Sumber: IAM