Skip to Main Content

Taman Flora

Taman Flora yang direkabentuk ala Eropah, terletak di kaki Bukit Guia sejajar dengan Avenida Sid-nio Pais. Pada masa silam, ia merupakan perkarangan Istana Flora, sebuah rumah besar bangsawan Portugis. Gerbang batu yang terdapat di pintu masuk merupakan pondok pengawal istana pada satu masa dahulu. Lorong pejalan kaki yang lurus, bertepikan pokok palma dan pokok-pokok bunga yang rendah, menuju ke arah kawasan istana lama itu, yang sekarang menepatkan perkarangan memelihara burung, zoo yang kecil, dan halaman berpokok rendang untuk beristirehat. Taman ini juga dipenuhi petak-petak bunga yang teratur khas, dan laluan jalan berhias batu yang melingkar ke atas, melalui beberapa air terjun kecil dan sebuah bangunan untuk menikmati pemandangan (belvedere),sampai ke kemuncak Bukit Guia, puncak tertinggi di Macao.

Cara yang lebih senang untuk sampai ke puncak Bukit Guia ialah dengan menaiki kereta kabel yang bermula dari pintu taman. Pelawat boleh menikmati pemandangan taman itu dari atas dan juga perspektif panorama bandaraya.