Skip to Main Content

Taman Lou Lim Ieoc

Taman Lou Lim Ieoc

Antara taman-taman di Macao, Taman Lou Lim Ieoc merupakan yang paling banyak ciri-ciri China. Dibina oleh seorang pedagang Cina kaya di abad ke 19 bernama Lou Kau, ia diwarisi oleh anak lelakinya, Lou Lim Ieoc pada 1906. Apabila harta dalam keluarga merosot, taman ini pun dirosot, tetapi akhirnya dibeli dan dibaiki oleh kerajaan, dan dibuka kepada awam pada 1974.

Taman ini dimodel mengikut taman-taman di Soochow, yang paling terkenal antara taman-taman klasik China. Dipagari tembok yang tinggi, ia merupakan lanskap mini dengan lorong-lorong sempit melingkar melalui rumpun-rumpun buluh dan pokok-pokok bunga yang rendah, di bawah ''gunung-gunung'' konkrit hingga ke kolam besar yang penuh dengan ikan kaloi emas dan bunga teratai. Sebuah jambatan sembilan-belok berliku-liku merentas kolam tersebut (menurut cerita legenda, roh jahat hanya boleh bergerak melalui jalan lurus) menuju ke pavilion besar yang menggabungkan unsur-unsur senibena Klassik dan Cina.Pamiran seni dan kraf sering diadakan dipavilion tersebut yang juga menjadi auditorium untuk persembahan-persembahan semasa Perayaan Muzik Antarabangsa.