Skip to Main Content

Rumah Taipa

Terkenal sebagai salah satu daripada lapan tarikan pelancong terbaik di Macao, Rumah Taipa mewakili gaya seni bina Portugis yang menawan di Taipa. Kediaman Portugis di sepanjang jalan Avenida da Praia, bersama dengan kejiranan gereja Our Lady of Charmel dan taman yang terdiri daripada landskap indah di mana lima buah rumah hijau terserlah sebagai paling simbolik.

Kelima-lima buah rumah ini telah dibina pada tahun 1921, ia pernah menjadi kediaman kepada pegawai kanan kerajaan yang juga dikenali sebagai keluarga Macanese; pada tahun 1992, ianya telah diiktiraf sebagai sebuah kompleks bangunan yang mempunyai nilai seni bina. Setelah itu, kerajaan memutuskan untuk mengubahsuai keseluruhan rumah-rumah tersebut sebagai muzium, dan dibuka kepada orang awam pada penghujung tahun 1999 dikenali sebagai ‘Taipa Houses-Museum’.

Pada bulan September 2016, Kerajaan Pentadbiran Khas Macao telah membuat permodalan semula ke atas kelima-lima bangunan ini dengan mengubahnya kepada ‘Macanese Living Museum’‘Exhibitions Gallery’‘Creative Casa’‘Nostalgic House’ dan ‘House for Receptions’ masing-masing dari barat ke timur. Projek ini telah menukarkan tempat ini menjadi gabungan budaya dan kreativiti, dengan ciri-ciri pelancongan dan persembahan luar, ia bukan hanya menjadi tempat pameran bagi budaya negara-negara berbahasa Portugis malah mempamerkan budaya dari seluruh dunia.

Macanese Living Museum
Macanese Living Museum mencipta semula pemandangan hari-hari dari masa lalu Macao. Istilah 'Macanese' merujuk kepada kumpulan etnik di mana para nenek moyang mereka yang berbangsa Portugis berkahwin dengan bangsa Cina, Melayu dan Filipina dari Asia Tenggara serta India dari Asia Selatan, di Macao. Macanese mempunyai dialek dan gaya hidup mereka sendiri; sementara kebanyakan daripada mereka berkongsi kepercayaan agama Barat mereka juga amat dipengaruhi oleh corak kehidupan Cina.

Exhibitions Gallery
Exhibitions Gallery menampilkan pameran dari semasa ke semasa bagi memperkayakan kehidupan masyarakat tempatan. Di samping itu, ia boleh digunakan oleh konsulat asing bagi mengadakan pameran sebagai tempat pertukaran budaya dan seni dunia, sekali gus memperkenalkan lebih banyak elemen pelancongan budaya melalui pertukaran antara Macao dan negara-negara lain.

Creative Casa
Fungsi Creative Casa adalah sebagai platform untuk pameran dan mempromosi budaya dan maklumat mengenai Macao serta negara-negara berbahasa Portugis, serta penjualan produk khusus. Di tingkat bawah memaparkan dan menjual produk budaya dan penerbitan yang bercirikan Portugis dan berkaitan dengan Taipa, dan tingkat pertama adalah ruang untuk pameran sementara.

Nostalgic House
Di Nostalgic House, pameran khas tentang rakyat Macanese dan daerah Cotai dianjurkan dari semasa ke semasa, untuk memaparkan budaya asli, kehidupan, agama, seni bina, dan masakan masyarakat Macanese dan daerah Cotai pada masa lalu dan masa kini.

House for Receptions
House for Receptions tidak dibuka kepada awam. Ia adalah tempat untuk majlis, jamuan dan aktiviti-aktiviti rasmi.