Skip to Main Content

Kubu Mong-Há

Kubu Mong-Há, yang terletak di Bukit Mong Há di hujung bahagian utara Macao, ialah kubu yang agak baru, dibina sebagai pertahanan serangan China yang dijangka berlaku dengan tercetusnya Peperangan Anglo-China pada 1841. Ia siap dibina pada 1866 dan menyumbangkan khidmat aktif sehingga 1960an, tatkala ia ditinggal kosong.Pada masa kini, kawasan ini telah dijadikan taman, dengan petak-petak pokok bunga, tanah berumput yang berlereng-lereng, dan laluan jalan mengelilingi tembuk kubu lama itu. Ia merupakan tumpuan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan, yang mencari tempat berteduh yang nyaman; ia juga memberi pemandangan sebelah utara bandaraya yang menarik.