Skip to Main Content

Muzium Peringatan Xian Xinghai

Xian Xinghai, digelar sebagai "pemuzik rakyat" adalah seorang tokoh muzik yang amat terkenal dalm sejarah muzik kontemporari Cina. Dilahirkan kepada sebuah keluarga nelayan di Macao, Xian Xinghai gigih mencapai kecemerlangan dalam bidang muzik. Dia menggabungkan teknik muzik Cina dengan Barat, menghasilkan karya-karya muzik yang amat terkenal dalam tempoh 40 tahun, kesemuanya dipengaruhi oleh budaya Macao. Salah satu karya ciptaannya yang terkenal iaitu Yellow River Cantata, dinyanyikan secara meluas semasa Perang terhadap Pencerobohan Jepun. Lagu ini meningkatkan semangat dan merangsang pertriotisme kaum Cina di seluruh negara.

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat Cina dan ulang tahun ke-20 Penyerahan Macao ke negara Cina, kerajaan Macao telah menubuhkan Muzium Peringatan Xian Xinghai untuk menghargai sumbangannya, serta menceritakan pencapaian muziknya dan menetapkannya sebagai contoh di kalangan anak muda.