Skip to Main Content

Teater Cheng Peng

Teater Cheng Peng

Terletak di jalan kecil di luar jalan utama Avenida de Almeida Ribeiro, yang mana pernah menjadi sebahagian daripada tanah paya di Inner Harbour, Teater ini dibina pada 1875 dan mempersembahkan opera Kantonis kepada penonton tempatan. Ianya merupakan teater pertama di Macau dan nama Cinanya secara harfiah bermakna kedamaian dan kemakmuran. Teater ini kemudiannya mula menayangkan filem-filem. Tetapi bersama-sama dengan industri teater yang merosot pada 1990-an, ianya ditutup pada 1992 dan bertukar menjadi gudangn bagi tujuan penyimpanan dan selepas itu ditinggalkan. Hari ini anda masih boleh melihat karakter Cina yang telah pudar yang merupakan namanya diukir pada dinding luar sebagai rekod bagi pengunjung untuk mengesan kembali sejarahnya.