Skip to Main Content

Inner Harbour

Inner Harbour

Terletak di bahagian barat Semenanjung, pelabuhan ini mempunyai garis pantai 3,500 meter panjangnya. Dengan tambak yang berbentuk separuh cincin, ia adalah pelabuhan pertama yang berkhidmat bagi kapal dagang asing berlabuh di North Bay. Pelabuhan bersejarah ini dilengkap dengan 34 jeti secara keseluruhannya, di mana setipa jeti dinamakan berdasarkan nombor yang telah ditetapkan bagi tugasan yang berlainan. Pelabuhan ini umumnya bertujuan bagi penghantaran kargo, pengangkutan sungai di pedalaman dan dermaga bagi bot-bot nelayan. Daripada perdagangan Sino-Luso sehinggalah kepada kejatuhan industri perikanan, pelabuhan ini telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan bagi pengangkutan maritim.