Skip to Main Content

Rumah Candu

Rumah Candu

Terletak di persimpangan Rua da Lorchas dan Praça de Ponte e Horta, bangungan tersebut adalah bekas Rumah Candu yang dibina pada lewat abad ke-19 di kawasan berhampiran sungai di Inner Harbour. Ia mula ditukar menjadi gudang dan kemudian sebuah kilang logam setelah candu diharamkan pada tahun 1946. Sebuah institusi akademik kemudian menyewanya untuk tujuan pendidikan. Pada 1996, Rumah Candu telah diubahsuai dan dibaikpulih semula secara teliti. Pada 2001, klinik kedua Masyarakat Amal Tong Sin Tong berpindah ke Rumah ini dan sejak itu menyediakan khidmat akupunktur Cina dan ubat-ubatan Barat kepada masyarakat umum. Hari ini, Rumah ini kekal sebagai saksi terbaik bagi seni bina yang biasa terdapat di Inner Harbour pada tahun-tahun kegemilangan abad ke-19.