Skip to Main Content

Taman Camões

Pada abad yang ke-18, taman yang dipenuhi pohon-pohon rimba ini merupakan sebahagian dari perkarangan rumah yang diduduki oleh Pengerusi British East India Company, dan dikenali sebagai Taman Casa, yang kini menempatkan galeri seni dan Perkuburan Old Protestant, yang penuh dengan laluan jalan, pokok-pokok bunga, dan batu-batu nesan menandakan kubur-kubur para peniaga, mubaligh, dan pelawat yang berasal dari lain negara tetapi telah menetap di Macao.

Pada 1835, pihak British terpaksa keluar dan pemilik baru iaitu pihak Portugis telah membina gua yang cantik yang mengelilingi sebuah patung separuh badan penyair kebangsaan Portugis, Luis de Camoes.Patung gangsa yang ada sekarang telah dibuat pada tahun 1886 apabila gua tersebut menjadi milik kerajaan. Di belakang gua tersebut, laluan jalan menghala ke atas bukit yang penuh dengan pohon-pohon rimba di mana terletaknya sebuah pavilion China dengan meja dan bangku diperbuat dari batu; di situ lelaki setempat berjumpa untuk bermain catur China. Di hadapan gua tersebut pula terdapat suatu taman yang lapang, dengan bangku-bangku di bawah pokok-pokok banyan yang rendang, di mana orang-orang membawa burung-burung di dalam sangkar untuk bersiaran, menjalankan senaman tai chi di waktu pagi, atau berjumpa dengan kawan-kawan. Di pintu masuk taman ini terdapat suatu pancutan air yang di dalamnya terdapat ukiran patung gangsa separuh badan yang dipanggil ''Embrace'', dibuat khas untuk melambangkan persahabatan yang berabad-abad lamanya antara Portugal dan China