Skip to Main Content

Bekas Kediaman Jeneral Ye Ting

Jeneral Ye Ting adalah seorang pemimpin tentera yang terkenal dan beliau adalah salah seorang perintis daripada Tentera Pembebasan Rakyat China, beliau menetap di Macao selama tujuh tahun. Untuk memperingati peranan penting beliau dalam sejarah moden China, Wilayah Pentadbiran Khas Macao telah melaksanakan satu siri projek pemulihan bekas kediaman beliau di Macao sejak tahun 2006, ukiran patung tembaga telah didirikan di halaman dan gambar-gambar dipamerkan di dalam rumah. Secara rasmi ia telah dibuka untuk orang awam pada 28 Mei 2014.

Rumah agam dua tingkat bergaya barat ini meliputi keluasan kira-kira 180 meter persegi termasuk halaman rumah. Dengan memasuki ke dalam rumah, pelawat boleh melihat perabot-perabot dan pelbagai kelengkapan barang perhiasan zaman dahulu. Dinding rumah dihiasi dengan gambar-gambar antik Jeneral Ye Ting yang menjadi saksi kepada kehidupan silam beliau bersama keluarganya di Macao.