Skip to Main Content

Runtuhan Gereja St. Paul

Runtuhan Gereja St. Paul adalah tinggalan fasad yang pada asalnya Gereja Mater Dei dan runtuhan kolej St. Paul yang berdiri bersebelahan dengan Gereja. Gereja ini dibina dari tahun 1602-1640, dan dimusnahkan oleh kebakaran pada tahun 1835. Secara keseluruhannya, Gereja lama Mater Dei, Kolej St Paul dan Mount Fortress semua adalah pembinaan Jesuit,membentuk apa yang boleh dianggap sebagai "akropolis" Macao. Berdekatannya adalah tinggalan arkeologi Kolej St Paul, bukti terletaknya universiti bergaya barat pertama di Timur Jauh, dengan program akademik yang rumit dan terperinci. Kini, fasad Runtuhan Gereja St Paul berfungsi secara simbolik sebagai altar bandar ini.