Skip to Main Content

Bilik Pameran Na Tcha

Adat dan kepercayaan Na Tcha di Macao yang telah diturunkan dari generasi ke generasi, telah didaftarkan dalam Senarai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Negara pada tahun 2014. 'Pameran Dewan Na Tcha' telah diperkenalkan pada tahun 2012 untuk mempamerkan kepelbagaian budaya Macao serta menyumbang kepada usaha melindungi warisan adat dan kepercayaan Na Tcha. Diperkenalkan oleh Biro Hal Ehwal Kebudayaan dan disokong oleh Persatuan Tokong Na Tcha serta penduduk setempat, inisiatif ini membolehkan penduduk tempatan dan pengunjung untuk memahami adat, perayaan, dan sejarah tentang Dewa ini.

Pembuatan bilik pameran di dalam Tokong Na Tcha adalah sebuah pembinaan yang menyatukan elemen tradisional dan moden yang mempunyai keluasan sekitar 70 meter persegi. Bilik ini membentangkan kisah legenda Na Tcha dan mempamerkan beberapa alatan yang digunakan dalam sambutan dan perayaan hari dewa seperti pembakar kemenyan, mentera dan alatan perarakan keagamaan seperti kerusi bersemayam Na Tcha, payung upacara, kepala singa dan antara lainya adalah bunga api dan mercun untuk kegunaan upacara keagamaan. Selain itu, Biro Hal Ehwal Kebudayaan telah menghasilkan video mengenai perayaan Na Tcha dan gambar aktiviti-aktiviti peringatan Dewa yang dikumpul selama berdekad lamanya dalam bentuk buku digital bagi membolehkan pengunjung menyaksikan sejarah dan evolusi tradisi ini. Pameran ini mempamerkan lapan lukisan hasil karya seorang kartunis terkenal tempatan bernama Ah-Cheng yang menerangkan asal-usul legenda Na Tcha dalam bentuk pengajaran. Melalui objek-objek ini, pengunjung dapat lebih memahami maksud kepercayaan dan tradisi Na Tcha, serta mengalami suasana sambutan perayaannya. Juga dipamerkan di ruangan ini adalah bahan artifak dan kesan binaan lama yang ditemui semasa penggalian arkeologi yang dipercayai adalah sayap kiri Gereja Mater Dei.

Sumber: Biro Hal Ehwal Kebudayaan