Skip to Main Content

Pengangkutan Awam

Perkhidmatan bas sentiasa berulang-alik diantara Semenanjung Macao, Taipa dan Coloane. Maklumat jalan dalam bahasa Cina dan Portugis diletakkan di setiap perhentian bas memperincikan maklumat destinasi, jadual perjalanan dan perhentian. 

Tambang bas adalah MOP6.00 dan penumpang perlu menyediakan duit syiling yang mencukupi untuk tambang kerana baki tidak akan dipulangkan. Kesemua bas adalah berhawa dingin. Laluan pergi dan datang dari tempat yang berbeza di Semenanjung Macao, Taipa dan Coloane termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Sesetengah bas akan merentasi jalan-jalan sempit dan lorong-lorong di Macao.

Seperti di tempat-tempat lain, ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan perjalanan pada waktu puncak. Disyorkan anda membawa peta bagi mengenal pasti  dengan lebih tepat destinasi anda.

Untuk maklumat laluan, sila layari: www.dsat.gov.mo/bus, atau hubungi syarikat pengangkutan bas berikut:

TRANSMAC - Transportes Urbanos de Macau, S.A.R.L.
Pertanyaan: +853 2827 1122
Laman Web: www.transmac.com.mo

Sociedade de Transportes Colectivos de Macau, S.A.R.L.
Pertanyaan: +853 2885 0060
Laman Web: www.tcm.com.mo

MACAUpass
MACAUpass merupakan sistem pembayaran elektronik menggunakan teknologi kad IC dipasang pada semua pengangkutan awam di Macao. Penumpang tidak perlu menggunakan duit syiling, dan juga boleh menggunakan pas tersebut untuk membuat pembelian di kedai runcit, sebahagian kedai roti dan mesin layan diri.
Laman Web: www.macaupass.com

Teksi di Macao adalah berwarna hitam dengan bumbung berwarna krim. Kadar tambang rata adalah MOP19.00 untuk 1600 meter pertama, dengan tambahan MOP2.00 bagi setiap 240 meter yang berikutnya. Kadar bayaran MOP2.00 dikenakan setiap minit bagi masa menunggu di atas permintaan penumpang. Terdapat surcaj MOP3.00 untuk setiap bagasi yang dibawa di dalam bonet. Untuk perkhidmatan teksi radio, sila hubungi +853 8500 0000 / +853 2828 3283.

Kadar surcaj MOP5.00 dikenakan untuk menaiki teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau, stesen taxi di Terminal Feri Taipa,  Universiti Macau, Frontier Post COTAI dan Frontier Post Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao. Surcaj ini juga dikenanakan bagi perjalanan dari Macao ke Coloane. Surcaj MOP2.00 dikenakan untuk perjalanan dari Taipa ke Coloane, manakala tiada bayaran tambahan dikenakan dari Macao ke Taipa atau dari pulau-pulau tersebut ke Macao.

Terdapat juga perkhidmatan istimewa kenderaan teksi radio berwarna biru untuk penumpang. Sama seperti teksi biasa, tambang teksi radio dikenakan berdasarkan meter tetapi dengan bayaran tambahan MOP5.00 untuk menempah teksi (Bayaran ini akan dikecualikan sekiranya tempahan dibuat lebih awal daripada satu jam). Untuk perkhidmatan teksi radio, sila hubungi: +853 2881 2345, layari macaotaxi.com/en atau muat turun aplikasi “Macao Taxi”. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Macau Radio Taxi Services Limited di talian +853 8893 9999.

Beca - atau beca roda tiga - adalah satu bentuk pengangkutan yang unik dan santai, romantis dan nyaman dimana pelawat boleh menyewa untuk melawat pantai Nam Van Lake dan Sai Van Lake yang menawan serta berjalan-jalan ke tempat bersejarah di pusat bandar Macao. Disewa di Terminal Feri Outer Harbour atau berhampiran Hotel Lisboa, dinasihati terlebih dahulu anda mengesahkan harga dengan penarik beca sebelum memulakan pengembaraan anda.