Skip to Main Content

Muzium Khazanah Karya Kudus dan Makam

Ditutup Sementara

Muzium Khazanah Karya Kudus dan Makam dibina pada bahagian dalaman Runtuhan Gereja St. Paul, di mana terletaknya gereja Mater Dei pada zaman dahulu. Pihak kerajaan telah menjalankan projek pemulihan gereja dan penggalian arkeologi bermula dari tahun 1990 hingga tahun 1996, dan Muzium ini telah dibangunkan berhampiran mezbah pada tapak gereja lama dan telah dirasmikan pada 23 Oktober 1996.

Di tengah-tengah Makam terletak sebuah makam di atas batu granit yang mungkin milik 'Father Alexander Valignano', pengasas Kolej St. Paul. Di sepanjang dinding terdapat artifak peninggalan Martir Jepun dan Vietnam.

Di dalam bilik bersebelahan dengan Makam terletaknya Muzium Khazanah Karya Kudus termasuk barangan seni dan bersejarah yang amat bernilai diperolehi dari pelbagai gereja dan biara di Macao. Juga terdapat 4 lukisan suci St. Francis, salib, patung keagamaan, artifak-artifak liturgi dan sebagainya. Lukisan St Archangel Michael dari abad ke-17 yang paling menyerlah di antara lukisan-lukisan minyak yang lain. Ini bukan sahaja kerana usianya dan daya tarikannya tetapi ia adalah satu-satunya hasil kerja dari Kolej St. Paul's yang terselamat daripada peristiwa kebakaran pada tahun 1835.

Pada abad ke-17, Macao telah menjadi pangkalan bagi mubaligh kristian di timur Asia. Kolej St. Paul's telah memainkan peranan penting dalam aktiviti keagamaan pada masa itu. Justeru itu, Muzium Khazanah Karya Kudus dan Makam serta Geraja Mater Dei (Runtuhan Gereja St. Paul) adalah tinggalan sejarah yang luar biasa yang menggambarkan usaha-usaha mubaligh Kristian pada masa itu.

Pada 15 Julai 2005, muzium ini telah disenaraikan oleh Pusat Sejarah Macao secara rasmi dan sebagai Warisan Kebudayan Dunia UNESCO. Runtuhan Gereja St. Paul menjadi tugu peringatan bersejarah yang penting di pusat sejarah ini.