Skip to Main Content

Rumah Pengawal Malam Patane

Pemulihan Rumah Pengawal Malam Patane yang terletak di no. 52-54 Rua da Palmeira adalah hasil dari usaha kerjasama antara Biro Hal Ehwal Kebudayaan dan Persatuan Rumah Amal dan Pengasih Tou Tei Mio Patane. “Patane Night Watch House” ini telah dibuka secara rasmi pada 18 Disember 2015, bertujuan bukan sahaja untuk mendedahkan nilai-nilai murni antara kejiranan yang berbeza dan masyarakat setempat, juga untuk melindungi tradisi rakyat dan sejarah tempatan.

Rumah Pengawal Malam Patane adalah sebahagian daripada sebuah rumah yang sama yang terdiri daripada dua buah tapak rumah setingkat berbumbung panjang, dipisahkan dengan halaman tidak berbumbung yang dikelilingi oleh dinding dalaman. Bahagian belakang rumah dibina menggunakan tembok yang asal, manakala di bahagian atas dibina dengan tiang-tiang kayu dan batu-bata. Rekabentuk rumah sebegini dibina berdekatan dengan lereng bukit, dihasilkan bersama budaya dan permandangan alam semulajadi yang merangkumi senibina bersesuaian dengan keadaan geografi di sekitarnya.

Pada zaman China dahulu rondaan waktu malam adalah perkhidmatan untuk melaporkan masa serta mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kejadian kecurian dan kebakaran. Pada masa dahulu rondaan waktu malam juga pernah dilakukan di Macao. Kemudian, perkhidmatan ini berkembang menjadi sistem rondaan kawalan malam dengan ciri-ciri pasukan pertahanan dengan struktur pengurusan yang lebih terurus. Walau bagaimanapun, berikutan pemodenan bandar, perkhidmatan sosial ini beransur-ansur hilang. Tidak lagi wujud amalan membawa lampu tanglung dan memukul gong bagi melaporkan masa untuk masyarakat setempat, mereka juga tidak lagi memainkan peranan untuk membantu menjaga keselamatan awam atau memastikan ketenteraman sosial. Sebagai saksi kepada kewujudan pengawal malam, satu-satunya bekas peninggalan sejarah adalah Rumah Pengawal Malam Patane yang terletak di Rua da Palmeira, di Patane.

Pameran ini merangkumi dua tema iaitu kepelbagaian rumah pengawal malam yang wujud di Macao dan juga kerjaya pengawal itu sendiri. Pameran ini mempamerkan kedudukan sosial, perubahan dan perkembangan pekerjaan yang melibatkan aktiviti yang hebat melalui gambar dan barang-barang sejarah, lukisan grafik oleh artis dan juga seni bina rumah ini selepas pengubahsuaiannya.

Sumber: Biro Hal Ehwal Kebudayaan