Skip to Main Content

Apa yang anda perlu tahu mengenai Musim Taufan

Musim taufan bermula pada Mei dan berakhir pada Oktober, dimana ia mencapai tahap maksimum pada Julai hingga September.

Pada masa ini, Isyarat Siklon Tropika Macao disenaraikan sebagai isyarat no. 1, no.3, no. 8, no.9 dan no. 10, bergantung kepada kekuatan angin.

Isyarat Siklon Tropika
Isyarat No. 1  Isyarat No. 1
Isyarat No. 1
Isyarat No. 3  Isyarat No. 3
Isyarat No. 3
Definisi Isyarat Siklon Tropika
Langkah berjaga-jaga. Siklon tropika berpusat dalam linkungan 800 km dari Macao dan mungkin menjejaskan Macao. Semasa di bawah pengaruh siklon tropika, angin kuat yang berkelajuan 41 hingga 62 km/j dijangka atau bertiup dan tiupan kencang boleh melebihi 110 km/j di Macao.
Amaran Keselamatan
Menyediakan langkah-langkah pencegahan dan memberikan tumpuan kepada maklumat terkini mengenai siklon tropika. Hujan lebat akan menyebabkan ribut sementara berserta angin kencang mungkin berlaku di Macao. Orang berada di kawasan lapang perlu berhati-hati. Pemandu kenderaan perlu memberi perhatian kepada keadaan angin kencang dan keselamatan pemanduan.

Isyarat Siklon Tropika
Isyarat No.8TL  Isyarat No.8TL
Isyarat No.8TL
Isyarat No.8TG  Isyarat No.8TG
Isyarat No.8TG
Isyarat No.8BD  Isyarat No.8BD
Isyarat No.8BD
Isyarat No.8BL  Isyarat No.8BL
Isyarat No.8BL
Definisi Isyarat Siklon Tropika

Siklon tropika bergerak menghala ke Macao. Angin kuat yang berkelajuan 63 hingga 117 km/j dijangka atau bertiup dan tiupan kencang boleh melebihi 180 km/j di Macao. Isyarat No. 8 dibahagikan kepada Isyarat No.8TL, Isyarat No.8TG, Isyarat No.8BD, Isyarat No.8BL, bagi menunjukkan kemungkinan arah angin bagi tempoh masa beberapa jam yang akan datang.

Amaran Keselamatan

Berada di dalam bangunan. Menjauhkan diri dari pintu dan tingkap yang terbuka. Secara berterusan memberikan perhatian kepada maklumat terbaru mengenai siklon tropika.

Menangguhkan semua aktiviti luaran dan marin.

Jambatan merentasi laut akan ditutup pada bila-bila masa. Orang ramai perlu memberi perhatian kepada notis terkini.

Memberi perhatian kepada isu dan mesej terbaru Amaran Luruan Ribut.


Isyarat Siklon Tropika
Isyarat No.9  Isyarat No.9
Isyarat No.9
Isyarat No.10  Isyarat No.10
Isyarat No.10
Definisi Isyarat Siklon Tropika

Siklon tropika semakin menghampiri Macao. Di Macao, angin kuat yang berkelajuan 63 hingga 117 km/j bertiup dan bertambah kencang/dijangka meningkat dengan ketara.

Pusat siklon tropika telah hampir dan akan terus melanda Macao Angin kencang yang berterusan dengan kelajuan melebihi 118 km/j dijangka atau bertiup di Macao, disertai tiupan angin yang kencang.

Amaran Keselamatan

Menangguhkan semua aktiviti luaran dan marin.

Berada di dalam bangunan. Menjauhkan diri dari pintu dan tingkap yang terbuka.

Siklon tropika akan memberi kesan yang serius ke atas Macao.

Keadaan akan menjadi reda sementara bermaksud siklon tropika berpusat di kawasan berdekatan dan dijangka akan berlaku kemunculan semula angin kencang secara tiba-tiba. Tempat yang terlindung dari angin kencang pada asalnya juga boleh terdedah. Orang awam dinasihatkan agar tidak terleka dan sentiasa memberikan perhatian kepada mesej terbaru siklon tropika.

Memberi perhatian kepada isu dan mesej terbaru Amaran Luruan Ribut.

Mengikut ciri geografi, rekod sejarah paras air dan ciri meteorologi Wilayah Pentadbiran Khas Macao, amaran “Luruan Ribut” terbahagi kepada lima tahap seperti yang berikut:

Amaran Luruan Ribut
FirstAmaran Tahap Pertama / Biru
Amaran Tahap Pertama / Biru
Amaran Tahap Kedua / Kuning
Amaran Tahap Kedua / Kuning
Definisi Amaran Luruan Ribut
Paras air dijangka berada di bawah 0.5 meter di atas paras jalan raya. Main affected areas Paras air dijangka bertukar dari 0.5 hingga 1.0 meter di atas paras jalan raya. Main affected areas
Nasihat Amaran Keselamatan

Mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengalihkan objek ke tempat yang tidak terdedah kepada banjir;

Elak meletakkan kereta di kawasan yang terdedah kepada banjir atau tempat pakir bawah tanah;

Bekalan elektrik mungkin terjejas akibat banjir dan terputus, elakkan penggunaan lif;

Elakkan menuju ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir, seperti ruang bawah tanah dan daerah kawasan rendah;

Memberi perhatian kepada maklumat “Luruan Ribut” dengan teliti.


Amaran Luruan Ribut
Amaran Tahap Ketiga / Oren
Amaran Tahap Ketiga / Oren
Amarah Tahap Keempat / Merah
Amarah Tahap Keempat / Merah
Amaran Tahap Kelima / Hitam
Amaran Tahap Kelima / Hitam
Definisi Amaran Luruan Ribut
Paras air dijangka bertukar dari 1.0 hingga 1.5 meter di atas paras jalan raya. Main affected areas Paras air dijangka bertukar dari 1.5 hingga 2.5 meter di atas paras jalan raya. Main affected areas Paras air dijangka bertukar melebihi 2.5 meter dari paras jalan raya. Main affected areas
Nasihat Amaran Keselamatan

Mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengalihkan objek ke tempat yang tidak terdedah kepada banjir;

Jangan letak kereta di kawasan yang terdedah kepada banjir atau tempat letak kereta bawah tanah;

Bekalan elektrik mungkin terjejas akibat banjir dan terputus, elakkan penggunaan lif;

Elakkan menuju ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir, seperti ruang bawah tanah dan daerah kawasan rendah; kerana air laut akan naik ke jalan dengan pantas dan menyebabkan paras air meningkat secara mendadak;

Berada di kawasan yang selamat dan tinggi, menjauhkan diri dari daerah kawasan rendah seperti tingkat bawah tanah dan tempat letak kereta bawah tanah;

Memberi perhatian kepada maklumat “Luruan Ribut” dengan teliti.


Semua angka dalam jadual di atas adalah berdasarkan tahap jalan di Porto Interior.

Semenanjung Macao

  1. Ilha Verde Refuge Centre

    Aveinda do Conselheiro Borja, Macau

  2. Tap Seac Multisport Pavilion – Pavilion A

    Rua de Ferreira do Amaral, Macau

  3. Tap Seac Multisport Pavilion – Pavilion B

    Rua de Ferreira do Amaral, Macau

  4. Instituto Salesiano

    Rua de S. Lourenço, n.° 16, Macau

  5. “Estrela do Mar” Secondary School

    Rua do Padre António, no.36, Macau

  6. Stadium of “Luso-Chinesa Técnico Profissional” School

    Rua Primeiro de Maio, Macau

  7. Pui Ching Middle School Macau

    Avenida Horta e Costa, no.7, Macau

  8. Macao Politechnic Institute Multisport Pavilion

    Rua de Luís Gonzaga Gomes, Macau

  9. “Mateus Ricci” College

    Travessa de S. Paulo, no.1A, Macau

  10. Macao Federation of Trade Unions Workers Stadium

    Praça das Portas do Cerco, Macau

  11. Keang Peng School

    Rua de Francisco Xavier Pereira , n.os126-128A, Macau

Taipa

  1. Taipa and Coloane Social Service Centre (Taipa Branch)

    Rua do Regedor, S/N, Chun Fok Village, Fase 2, Bloco 5, r/c AI, Taipa, Macau

  2. Olympic Sports Centre

    Avenida Olímpica, Taipa, Macau

Coloane

  1. Flying Eagles Training Centre

    Rua da Cordoaria, no.46, Coloane

  2. Academy of Public Security Forces

    Calçada do Quartel, Coloane, Macau

  3. Taipa and Coloane Social Service Centre

    Avenida da Harmonia, n.° 20, Edifício Koi Nga, Bloco IV, Edf. Cipreste, r/c, Coloane, Macau

  4. Macau East Asian Games Dome

    Avenida da Nave Desportiva (Praça dos Jogos da Ásia Oriental)

  1. Ilha Verde Refuge Centre

    Aveinda do Conselheiro Borja, Macau

  2. Patane Market

    Avenida de Demétrio Cinnatti, Macau

  3. S. Lourenço Market

    Rua da Praia do Manduco, Macau

  4. S. Domingos Market

    Rua dos Mercadores, Macau