Skip to Main Content

Hidangan Macanese dan Portugis

Masakan Mediterranean di Macao

Berbagai aneka masakan unik yang terdapat di Macao menjadikan bandar antarabangsa ini syurga bagi penggemar makanan. Setiap cita-rasa pasti dapat dipenuhi dengan pelbagai restoran dan bahan-bahan masakan yang segar untuk dipilih.

Masakan Macanese

Masakan Macanese adalah unik dan tidak dapat dinafikan. Ia adalah gabungan masakan Portugis dan Cina, dengan bahan-bahan dan perasa yang dikumpul dari Eropah, Amerika Selatan, Afrika, Asia Tenggara.

Masakan Portugis

Masakan Portugis asli juga boleh didapati secara meluas di Macao [irresistible] dan dengan harga yang berpatutan.

Jom cuba masakan Macanese dan Portugis! Selalunya terdapat pilihan untuk sajian 3 kelompok (courses), i.e, pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Adalah kebiasaan untuk menikmati pembuka selera dan hidangan utama pada masa yang sama di kebanyakan restoran.

Information

Sotong rebus dihidang dengan hirisan bawang, lada merah dan perahan limau. Rasa masam dan manis sotong akan membuka selera makan anda.

Salad Sotong

Terdapat dua jenis salad tuna; salad Portugis tradisonal menggunakan tuna dan jeruk kacang kuda, manakala salad Macanese tradisonal adalah tuna dan sayuran. Sos yang biasa digunakan adalah minyak zaitun dan garam berperisa. Tuna dalam tin adalah bahan yang paling biasa digunakan, namun di restoran ber-kelas tinggi menggunkan tuna yang segar. Semestiny ia akan memberikan perbezaan besar pada selera anda.

Salad Tuna

Ia adalah sejenis croquette yang diperbuat daripada bacalhau (ikan kod) dan kentang. Jemput-jemput bacalhau sering dinikmati sebagai pembuka selera oleh penduduk tempatan dan juga pelancong.

Jemput-jemput Bacalhau

Setiap restoran mempunyai gaya Seafood Supreme yang tersendiri. Gabungan makanan laut dan krim membentuk rasa yang hebat. Rasa yang unik ini dan menjadikannya sangat popular di kalangan pelancong.

Seafood Supreme (Sup Makanan Laut)

Ini adalah hidangan sup yang sering dinikmati. Sup ini disediakan dengan kubis, aneka sayuran dan sosej Portugis “chouriço”. Sup ini biasanya rasa menyegarkan. Sup ini dianggap sebagai sup yang berkualiti.

Sup Sayuran Hijau Portugis

Inilah pembuka selera yang terbaik di restoran Portugis. Setiap restoran mempunyai cara tersendiri untuk menjeruk buah zaitun, dan setiap kaedah yang digunakan memberikan rasa yang menyegarkan dan tekstur yang amat baik.

Buah Zaitun

Sosej Portugis ini dihidangkan sebaik sahaja selepas dipanggang. Ia merupakan juadah pembuka selera utama bagi orang Portugis.

Sosej Panggang Portugis

Information

Hidangan ini adalah seperti sup tumis kerang. Pada mulanya kerang akan ditumis dengan minyak zailun, kemudian direbus dengan wait putih, sos bawang dan perahan lemon. Rasa kerang dan minyak zaitun menyerlah, manakala aroma wain menambah keunikan dalam hidangan ini.

Kerang Tumis dengan Gaya Portugis Kerang Tumis dengan Gaya Portugis

Dengan menggunakan Ketam Lumpur Vietnam, lauk berpengaruh India ini adalah salah satu hidangan Macanese/Portugis yang paling mewah. Gabungan rempah ratus dan santan berkrim menghasilkan rasa yang unggul. Selalunya lauk ini disediakan dalam jumlah yang besar, jadi sesuai dinikmati bersama 2-3 orang. Nikmati keenakkan isi ketam bersama nasi putih.

Kari Ketam

Masakan tradisional ayam panggang Portugis dengan sos piri-piri yang merupakan campuran lada dan herba, memberikannya rasa yang unik. Setiap restoran mempunyai gaya masakan tersendiri. Sesetengah restoran menyediakan sos seperti kuah kari daripada rasa piri-piri yang sebenar, terdapat juga restoran yang akan menuangkan sos di atas ayam goreng.

Ayam AfrikaAyam Afrika

Ia direbus dengan puri tomato segar, udang, kerang, sotong dan makanan laut yang berpelbagai. Ia adalah kombinasi yang baik dengan rasa segar makanan laut dan sos tomato. Restoran-restoran yang menyediakan hidangan ini dibahagikan kepada dua cara masakan; sama ada dengan rasa puri tomato atau dengan menggunakan krim yang berlemak.

Nasi Makanan Laut dengan Gaya Portugis Nasi Makanan Laut dengan Gaya Portugis

Ini hidangan kari gaya Macanese yang lazim dinikmati. Ia terkenal dengan rasa pedas dan mempunyai sos kari yang lebih tebal.

Udang Kuah Kari

Sosej Portugis Chouriço, bawang merah, bawang putih, daging cincang dan telur putih digaul dan disumbat kedalam sotong, yang kemudiannya dimasak dalam kuah tomato. Ia adalah hidangan yang sangat lazat!

Sotong Sumbat

Hidangan ini mengandungi ramuan isi bacalhau yang dicincang (ikan kod), telur dan sayur-sayuran. Ia dianggap sebagai makanan yang berat.

Bacalhau Goreng dengan Kentang Hiris dan Bawang Merah

Hidangan ini bagaikan stik bacalhau (ikan kod). Bacalhau yang dibakar dengan baik mempunyai kelembutan yang unik. Ia dihidangkan dengan kentang rebus dan sayur-sayuran campur.

Bacalhau Bakar

Udang raja digoreng dengan minyak zaitun dan sos bawang putih. Rasa bawang putih dan kemanisan daging udang memberikan gabungan rasa yang enak.

Udang Raja Goreng dengan Bawang

Ini adalah hidangan daging khinzir Portugis terbaik. Kulit rangup dan daging tanpa lemak mencipta sensasi rasa yang baru.

Anak Khinzir Panggang Gaya Portugis

Ia adalah hidangan kentang goreng, bawang, keju dan daging cincang. Ia dinikmati dengan telur mata separauh masak.

Minchi Gaya Macao

Ekor lembu dikukus dengan wain merah. Anda boleh menikmati rasa unik daging lembu yang lembut. Ia juga menambah tenaga ketika bercuti. Cuba hidangan ini jika anda merasa sedikit letih atau lelah semasa perjalanan anda.

Ekor Lembu Rebus dengan Wain Merah

Ia adalah hidangan dengan daging itik di atas nasi, dihiasi dengan sosej Portugis dan daging, dibakar di dalam ketuhar. Sesetengah pelancong menganggap ini sebagai salah satu hidangan Macanese terbaik.

Nasi Itik Bakar

Sardin dipanggang dengan perahan jus lemon. Sesetengah restoran mengunakan sos wain.

Sardin Panggang

Daging rusuk dimasak gaya Portugis.

Rusuk Daging Lembu Panggang

Pencuci mulut dari Portugal diimport ke Macao, namun rasa tulen dan asli kekal. Secara umumnya, kek Itali atau Perancis dalam gaya Eropah mendominasi pencuci mulut di sini. Hidangan pencuci mulut paling terkenal yang ditawarkan adalah pastéis de nata (tat telur Portugis) atau serradura. Ramai pelancong gemar menikmati pencuci mulut yang terkenal di kafe-kafe sebelum memulakan perjalanan kulinari mereka di Macao.

Information

Pencuci mulut ini berasal dari sebuah biara di Portugal 200 tahun yang lalu, ia menjadi popular hanya setelah tiba di Macao. Pastri yang diisi telur dengan rasa caramel menawan hati semua yang merasainya.

Pastéis de Nata (Tat Telur Portugis)

Ia adalah puding ringkas. Dengan menuangkan sos karamel di luar, ia menjadi serupa dengan kastard karamel. Anda juga boleh membuat pelbagai perubahan dengan memvariasikan sosnya.

Puding Telur

Lapisan krim putar lembut dengan serbuk biskut yang sesuai dimakan dengan sudu. Ia adalah salah satu makanan ringan terbaik dari Portugal dan Macao. Rasanya berbeza-beza mengikut tekstur krim, oleh itu anda disarankan untuk mencubanya di restoran Macanese / Portugis yang dinilai melebihi purata biasa.

Serradura

Dengan karamel di bahagian bawah, ia dibakar dengan putih telur. Tekstur lembut putih telur digabungkan dengan rasa manis karamel membentuk rasa yang unik. Ia adalah salah satu hidangan pencuci mulut tradisional Portugis yang paling terkenal.

Molotof

Lain-lain Hidangan