Skip to Main Content

Muzium Rumah Suci Kasih

Muzium “Rumah Suci Kasih”, yang dibuka pada tahun 2001, terdiri daripada koleksi peninggalan Katolik Macao yang sangat berharga dan sebahagian daripadanya berasal dari awal abad ke-16, ia mengesahkan sejarah kemasukan budaya Barat di negara Cina melalui Macao.

Di sini terletaknya artifak sejarah yang berkaitan dengan “Rumah Suci” itu sendiri, ia tertumpu kepada keaslian manuskrip asal mengenai dedikasi “Rumah Suci Kasih Macau” ditulis pada tahun 1662 yang dipercayai adalah arkib tertua yang berada di “Rumah Suci Kasih”. Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1569 oleh D. Belchior Carneiro biskop Macao yang pertama.

Lain-lain artifak yang berkaitan sejarah sekular “Rumah Suci Kasih” adalah seperti tengkorak D. Belchior Carneiro dan Salib yang dikebumikan bersama-samanya, lukisan minyak D. Belchior Carneiro dari abad ke-18, dan juga loceng gangsa dari Hospital Lama S.Rafael.

Antara karya seni keagamaan yang paling menonjol dipaparkan adalah termasuk: Patung Sacred Heart of Jesus berasal dari awal abad ke-19, Patung Our Lady of the Annunciation dan Crucified Christ yang diperbuat daripada gading berasal dari abad ke-18, Seramik Jepun dan Eropah dengan monogram Persatuan Yesus melambangkan peranan utama dimainkan oleh Jesuit dalam proses perdamaian diantara tamadun timur dan barat.